Jelas apabila melihat wajahku ini anda akan tahu asal negeriku..itulah aku lahir di KELANTAN tetapi sejak kecil lagi telah merantau jauh ke banyak negeri di seluruh Malaysia.Ketika kecil aku masih ingat aku membesar di sebuah perkampungan di pinggir bandar Kota Bharu iaitu kampung Padang Bunga
(pade bongor)...aku riang membesar dengan suasana kampung itu..dan disitu jugalah aku memulakan hidup ilmiah aku setelah Baba menghantar aku ke PASTI iaitu tadika yang berada berhampiran dengan sekolah Ugama Arab Maahad Muhammadi.Di sekolah Arab itulah tempat Baba mengajar anak-anak muda ilmu-ilmu agama.Masihku teringat pengalaman tadikaku apabila aku lari pulang ke rumah kerana takut akan doktor gigi yang datang ke tadika itu.Aku pun x tahu kenapa masa tu aku begitu fobia apabila melihat manusia beruniform serba putih itu.Dalam fikiranku aku dapat rasakan jarum,pisau ubat dan segala yang menakutkan sekiranya aku ditangkap oleh manusia serba putih itu.Itulah aku ketika berumur 6 tahun..berbeza denganku sekarang yang berumur 21 tahun..pantang melihat nurse atau doktor beruniform serba putih..terus rasa nak ngorat sampai dapat..Belum habis dengan kenanganku di Tadika aku masih teringat makanan kegemaranku ketika itu iaitu "lok ching"(sate ikan) .Ketikaku di usia tadika aku begitu ghairah mendengar bunyi loceng basikal penjaja sate itu..Kring..kring..kring...aku bergegas mendapatkan ibuku..Ummi satu gelaran yang tidak asing lagi bagiku..sentiasa tersenyum manis sepanjang masa..Ummi la yang selalu membelanja aku dan adik-adik makan sate itu..keenakkan sate ikan bakar berkuah sos tomato manis akan membangkitkan lagi nostalagia aku pada memori tadikaku..pernah juga aku terlintas untuk kembali ke tadika..kembali membaca alif ba ta...dan matematik 1+1=2...tapi aku perlu berfikir ke hadapan kerana aku sebagai long perlu lebih tabah untuk adik-adik kecilku...(hahaha jiwang la pullak)..adoi dah letih mengarang nih..nanti banyak lagi yang ingin aku abadikan didalam dunia Al-Maya ini..t5 dlu..
No comments:
Post a Comment